GBPUSD Analisa Fundamental Harian 8 Mei 2015

55

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-011

Pound Dollar yang berada dalam suasana ‘ranging’ sekitar 90 pips Khamis semalam, melonjak lebih 200 pips pada awal sesi Asia hari ini, setelah keputusan pungutan suara pertama yang mencadangkan Parti Konservatif adalah pemenang pilihan raya umum semalam; manakala undi yang terus dikira setakat ini juga mencerminkan David Cameron bakal menang dengan majoriti.  Kadar tukaran GBP|USD dilihat sedang bersedia untuk menguji resistance 1.55 ketika artikel ini ditulis.

Pound Dollar didagangkan 1.62% lebih tinggi berhampiran paras tertinggi bulanan terbaru sekitar 1.5495; dan terus mengekalkan momentum dan menerima banyak bidaan pada sesi Tokyo, apabila hasil tinjauan menunjukkan bahawa Parti Konservatif Cameron ditetapkan untuk memenangi pilihan raya UK dengan majoriti. Ini sekaligus akan menyaksikan referendum yang bakal diadakan untuk UK keluar dari EU.

Keputusan undi yang disiarkan oleh BBC, ITV dan Sky menunjukkan bahawa Parti Konservatif keluar sebagai pemenang dalam pilihan raya umum semalam dengan sebanyak 316 kerusi di Parlimen yang akan datang, peningkatan daripada 302 kerusi pada parlimen sebelum ini. Satu tinjauan berasingan yang dibuat oleh YouGov bagi akhbar The Sun, menunjukkan ramalan yang berbeza; dengan Konservatif mendapat 284 kerusi; Buruh 263, Demokrat Liberal 31; Parti Kebangsaan Scotland (SNP) 48, dan UKIP 2; dan Plaid Cymru dengan 3 kerusi.

Di pasaran Amerika Syarikat pula, Dollar AS merudum berhampiran paras terendah dalam tempoh lebih dua bulan berbanding sekumpulan mata wang utama pada hari Khamis semalam, di bawah tekanan jualan yang berterusan ekoran data ekonomi AS yang mengecewakan. Angka pada Rabu menunjukkan majikan sektor swasta AS pada April, mengambil pekerja paling sedikit dalam lebih setahun, sekaligus memalit sentimen ‘bearish’ untuk NFP malam nanti.

US Dollar Indeks merosot sejauh 93.88 – dilihat pada pertengahan Februari – dan berada sekitar 94.75 ketika artikel ini ditulis. Ia telah jatuh lebih daripada 6% daripada paras tertinggi dalam masa 12 tahun iaitu sekitar 100.40 pada bulan Mac lalu.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat