GBPUSD Analisa Fundamental Harian 9 Dec 2014

32

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-003Pound Dollar menyusut hampir 50 mata sebelum memacu semula ke paras tertinggi Isnin sekitar 1.5675 pada sesi penutupan London.  Kenaikan ini adalah atas Dollar yang sedikit melemah apabila data “Labor Market Conditions Index” dari Amerika Syarikat  menunjukkan penurunan dari 4.0 bulan lepas kepada 2.9 bulan ini.  Ini bermakna pasaran buruh di Amerika Syarikat tidaklah sebaik yang disangkakan.  Tiada data untuk United Kingdom pada Isnin.

Walaubagaimanapun sentimen umum untuk Pound masih lagi “bearish” apabila Bank of England mengekalkan “interest rate” khamis lalu pada paras terendah dalam sejarahnya, 0.5%, dan dijangka akan dikekalkan begitu sehingga lewat tahun depan atau mungkin sehingga 2016.  Keadaan ini amat mengecewakan para pelabur dan Pound telah jatuh hampir 9% semenjak Julai apabila spekulasi awal tahun ini yang mengatakan BoE akan menaikkan “interest rate” hanyalah suatu mimpi sahaja.

Hari ini, dengan ketiadaan data berimpak tinggi dari United Kingdom dan Amerika Syarikat; dengan hanya “industrial and manufacturing production” UK yang dijangka lebih baik berbanding tahun lepas dan “wholesale inventories” Amerika Syarikat yang dijangka stabil, permintaan untuk Pound dijangka meningkat selaras dengan dengan kenyataan Menteri Kewangan Osborned dalam kenyataan Musim Luruhnya yang menjangkakan perkembangan ekonomi yang lebih baik untuk United Kingdom bagi 2015

Anda mempunyai Instagram ? Follow saya di @MoshedFX

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat