GBP/USD Kekal Kukuh Selepas Data Jualan-Runcit & Spekulasi Rundingan EU-UK

54

Pasangan matawang GBP/USD kekal kukuh ketika ini selepas mencapai paras terendah 1.3134 pada pukul 3 petang pada Khamis.

Jualan runcit di UK meningkat lebih daripada jangkaan pada Oktober seterusnya melonjakkan lagi keyakinan terhadap ekonomi British dalam data yang dikeluarkan pada Khamis.

Dalam laporan tersebut, Pejabat Statistik UK melaporkan peningkatan jualan runcit sebanyak 0.3% pada Oktober berbanding kejatuhan 0.7% sebelum ini. Jangkaan pasaran untuk data kali ini adalah satu kenaikan kecil sebanyak 0.1%.

Dari segi tahunan (y/y), jualan runcit merosot 0.3% bulan lalu, tetapi lebih daripada jangkaan kemerosotan 0.6%. Manakala bacaan sebelum itu meningkat sebanyak 1.3%.

Jualan runcit teras (Core retail-sales) yang tidak mengambil kira jualan tenaga meningkat 0.1% pada Oktober berbanding kejatuhan 0.6%.

Kenaikan kali ini adalah sejajar dengan ramalan pasaran.

Dari segi tahunan, jualan runcit teras jatuh 0.3% pada Oktober berbanding bacaan sebelum itu yang mencatat kenaikan 1.6%.

Matawang GBP sedikit mengukuh selepas data ini dikeluarkan dengan GBP/USD setakat ini telah mencatat kenaikan 65 pip dari paras terendah yang dicapai pada Khamis (1.3134).

Faktor yang menyokong GBP ketika ini juga tidak hanya disumbang oleh data ini, tetapi faktor politik Brexit di mana terdapat laporan bahawa Theresa May sedia menawarkan bayaran lebih tinggi bagi memulakan rundingan dagangan dengan EU. Namun, ia telah dinafikan oleh pejabat Perdana Menteri UK dan mendakwa berita itu satu spekulasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat