Gbp/Usd Meneruskan Kenaikan Hari Ini

52

Matawang Pound atau GBP menguat sebelum data inflasi UK dikeluarkan pada pukul 5.30 petang tadi. Dalam dagangan hari ini Gbp/Usd dilihat masih tenang yang telah mencapai paras tertinggi hari ini di 1.2724 dan ketika ini Gbp/usd berada di paras 1.2710.

Sebentar tadi data yang dikeluarkan menunjukkan harga pengguna di UK (CPI) meningkat 0.2% pada November dengan kadar inflasi tahunan naik sebanyak 1.2% dari 0.9% sebelum ini. Jangkaan penganalisis bagi Indeks Harga Pengguna (CPI y/y) ini ialah 1.1%. Catatan pada hari ini merupakan paras tertinggi yang pernah direkodkan sejak 1.4% Oktober 2014.

Pair ini dilihat kehilangan momentum kenaikan pada minggu lepas berikutan pihak kehakiman mengatakan akan mengikuti jadual yang ditetapkan Perdana Menteri Theresa Mei untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU) yang mengurangkan jangkaan kelewatan keluarnya UK dari EU. Gbp/Usd jatuh dari paras tertinggi 1.2772 pada minggu lalu ke paras terendah Jumaat 1.2574.

Minggu ini merupakan minggu yang sibuk bagi UK dan US dan mungkin akan terjadi turun-naik (volatility) yang tinggi dalam pasaran.  Bank of England dan Federal Reserve akan mengumumkan kadar mereka masing-masing pada Khamis.

Berdasarkan data ekonomi UK, petunjuk bagi pasaran pekerjaan akan dikeluarkan pada Rabu 5.30 petang dan akan diikuti oleh data jualan runcit pada Khamis. Di US pula data jualan runcit dan PPI akan dikeluarkan pada Rabu 9.30 malam. Manakala data CPI, Jobless claims dan indeks sektor pembuatan akan dikeluarkan pada Khamis 9.30 malam.

Jika Gbp/Usd meneruskan kenaikan, resistance pertama yang akan dilalui ialah paras tertinggi pada 6 Disember iaitu 1.2772 yang hampir dengan paras ‘support become resistance’ (SBR) di 1.2800-1.2857.

Manakala jika Gbp/Usd melemah dan jatuh ke bawah, support pertama yang perlu dilalui ialah di zon paras terendah minggu lepas 1.2550. Jika ia Berjaya dilalui akan menjadikan pair ini terus jatuh ke paras 1.2300.

Gbp/Usd time-frame Daily
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat