Gbp/Usd Menjunam Hampir 130 Pip Sejak Pagi Tadi

44

Gbp/Usd telah jatuh hampir 130 pip sejak sesi dagangan Asia pagi tadi. Pound sterling juga telah menjunam 170 pip Jumaat lepas yang disebabkan data positif NFP.

Kejatuhan Gbp/Usd sejak pukul 10 pagi tadi adalah berikutan sentimen terkini Brexit dimana komen Theresa Mei yang menimbulkan kebimbangan terhadap situasi ekonomi UK di dalam pasaran tunggal Kesatuan Eropah.

Komennya yang berbunyi, “Meninggalkan Kesatuan Eropah dengan mendapatkan hubungan yang baik, bukannya mengekalkan ciri-ciri keahlian di dalam pasaran tunggal ini”. Apa yang kita dapat tafsirkan di sini ialah keengganan Theresa Mei untuk mengakses pasaran tunggal yang memberi risiko kepada syarikat-syarikat di UK.

Hal ini sebenarnya memburukkan lagi sentimen dalam ekonomi UK dengan kebarangkalian akses ke dalam Kesatuan Eropah semakin tipis walaupun UK telah meninggalkan blok tersebut.

Berikutan komen terbaru dari Theresa Mei ini, penganalisis dari Unicredit Tullia Bucco berpendapat bahawa ‘Hard Brexit’ semakin pasti. Hard Brexit di sini bermaksud kesan buruk keluarnya UK dari Kesatuan Eropah.

Ketika ini Gbp/usd didagangkan di paras 1.2147 yang jatuh dari paras tertinggi hari ini iaitu 1.2271. Untuk meneruskan penurunan, Gbp/Usd perlu menembusi support di 2.100 yang terbentuk pada bulan Oktober 2016.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat