GDP Jerman Suku Kedua 0.6% Meleset Dari Jangkaan Pasaran

63

Ekonomi Jerman berkembang positif pada suku kedua 2017 di mana negara ekonomi terbesar Zon Eropah ini merekod kenaikan 0.6%. Jangkaan pasaran untuk data kali ini ialah kenaikan 0.7% di mana data pada suku pertama telah dikaji semula kepada peningkatan 0.7% dari 0.6%.

Sumbangan positif kepada data kali ini datang daripada permintaan domestik, di mana perbelanjaan penggunaan meningkat dalam sektor isirumah dan kerajaan. Perbelanjaan modal turut meningkat di mana perbelanjaan modal tetap dalam peralatan dan mesin juga meningkat.

Dari segi tahunan, pertumbuhan (GDP) naik 0.8% pada suku kedua 2017 jauh lebih kecil dari suku pertama iaitu 3.2%.

Prestasi ekonomi pada suku kedua 2017 menunjukkan 44.2 juta dalam sektor pekerjaan sektor domestik yang meningkat sebanyak 664,000 atau 1.5% lebih tinggi berbanding tahun lalu.

Walaubagaimanapun, dengan bacaan GDP yang meleset dari jangkaan memberi sedikit keraguan kepada ekonomi Jerman. Secara keseluruhan, peningkatan dari segi pekerjaan masih dilihat baik dan dijangka memberi kesan positif kepada inflasi di masa hadapan.

Matawang Euro bagaimanapun meneruskan kejatuhan selepas data ini dikeluarkan pukul 2 petang tadi.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat