GDPUSD Analisa Fundamental Harian 23 Jul 2015

47

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-018

Pound Dollar kembali memacu naik lebih 100 pips Rabu semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.5645 sebelum menutup sekitar paras 1.5610; selepas pengumuman minit mesyuarat BoE yang menunjukkan terdapat sokongan di MPC untuk menaikkan “interest rate” dalam tempoh terdekat.

Walau bagaimanapun, undian masih kekal dengan kesemua sembilan anggota panel mengundi untuk mengekalkan “interest rate” BoE pada rekod yang rendah sebanyak 0.5% pada awal bulan ini. Kesemua anggota juga mengundi untuk mengekalkan portfolio bon BoE pada £375 billion.  Ahli Panel Ian McCafferty dan Martin Weale telah beberapa bulan kebelakangan ini, memberi isyarat bahawa mereka akan mula menyarankan kenaikan kecil dalam “interest rate” tidak lama lagi.

Dalam ucapannya baru-baru ini, anggota MPC David Miles berkata beliau percaya kenaikan “interest rate” adalah lebih wajar sekarang, sepanjang dalam kerjaya enam tahun beliau. Beliau akan melepaskan jawatan untuk bersara selepas mesyuarat bulan depan.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat