Gelora Laut China Selatan, Jepun Beri Pinjaman $348 Juta Kepada Vietnam

476

Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) menerusi satu perjanjian termeterai pada Selasa, bersetuju beri pinjaman bernilai $348.2 juta kepada Vietnam bagi pembinaan enam buat kapal peronda

Pemilikan kapal peronda ini akan meningkatkan kawalan maritim di negara itu, termasuk penguatkuasaan undang-undang dan operasi penyelamatan.

Dijangka pengawal pantai Vietnam akan menerima enam kapal tersebut pada Oktober 2025.

Untuk pengetahuan, Vietnam dan beberapa negara Asia yang lain telah terjebak dalam pertikaian di Laut China Selatan selama bertahun-tahun.

Dikatakan China menuntut 90% perairan yang berpotensi kaya dengan sumber tenaga tetapi Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam juga mahukan bahagian masing-masing.

Tindakan China itu mendorong kepada penyatuan Australia dan Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu, mendakwa tuntutan China di Laut China Selatan melanggar undang-undang antarabangsa.

Sebelum ini AS telah berjanji untuk memberi Vietnam beberapa kapal peronda lagi, sebagai tambahan 18 kapal peronda yang diberi tiga tahun lepas berikutan pengembangan penggunaan kenderaan laut di negara itu.

Pinjaman tersebut merupakan pinjaman 40 tahun dengan 10 tahun tempoh pembuatan. Kapal tersebut akan dibina oleh kontraktor Jepun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat