George Soros Datang Lagi! Kali Ini Spekulasi Mengenai Emas!

137

Soros Fund Management, firma pengurusan dana jutawan George Soros telah menjual semula emas, termasuk asset yang lebih berisiko di dalam sektor-sektor tenaga dan pasaran baru menjelang suku ketiga tahun ini.

Menurut satu kenyataan semalam, firma itu menjual saham emas SPDR bernilai $30.4 million pada 30 Jun lalu. Pada tarikh yang sama juga firma itu menambah positions dalam WisdomTree Japan Hedged Equity Fund dan iShares China Large-Cap ETF yang masing-masing bernilai $34.1 juta dan $24.1 juta. Selain itu, Soros turut membeli iShares MSCI Emerging Markets ETF bernilai kira-kira $91.9 juta.

Sebelum ini Soros mengambil keputusan untuk terjun dalam dagangan emas apabila komoditi itu meningkat kepada lebih 25 peratus bagi separuh pertama tahun ini. Hal ini berikutan jangkaan tentang kelembapan ekonomi global pada awal tahun ini telah menolak kebanyakan pelabur untuk beralih kepada safe heaven’s asset. Dalam masa yang sama, Soros juga berpendapat bahawa keputusan UK untuk meninggalkan Kesatuan Eropah bakal mempercepatkan krisis kewangan dunia.

Pada suku ketiga emas mula merosot sebanyak 0.3 peratus sementara pasaran ETF meningkat 9 peratus. Dalam tempoh tersebut juga, Soros telah mempunyai kepentingan baru di 8 buah syarikat dalam sektor tenaga sekali gus menjadikan nilai firma Soros melonjak kepada $132 juta hanya dalam tempoh 3 bulan.

Dasar Anti-Muslim Trump Tidak Akan Menjejaskan Hubungan Dua Hala Malaysia – Amerika Syarikat

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat