GEORGE SOROS – Lelaki Tua Jahanamkan Bank of England!

1,257

Sebut sahaja nama George Soros pasti ramai yang sudah mengenali figura ini yang terkenal dengan gelaran ‘penyangak mata wang’ dan The Man Who Broke the Bank of England.

Idola kepada komuniti forex, George Soros atau nama sebenarnya Gyorgy Schwartz anak kelahiran Budapest, Hungary pada tahun 1930 merupakan seorang pelabur, ahli falsafah, dermawan dan juga pernah dinobatkan sebagai orang terkaya yang ke-56 di dunia.

George Soros bukanlah dari keluarga yang berada malah beliau sebenarnya berasal daripada salah sebuah keluarga pelarian dengan memalsukan dokumen tentang dirinya.

Di usia 17 tahun, George Soros telah berhijrah ke kota London untuk menyambung pelajaran dalam jurusan falsafah di London School Of Economics dan menimba ilmu dengan ahli falsafah terkenal iaitu Karl Popper.

Setelah berjaya menamatkan pengajian Sarjana Muda dan Sarjana di LSE, beliau berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) untuk mengembangkan lagi ilmu kewangan yang ada.

Di sinilah bermulanya karier beliau dalam dunia pelaburan dan juga pengusaha saham-saham di Eropah. Beliau juga telah berjaya membangunkan Soros Fund Mangement pada 1973 dan mencipta sejarah menempa nama sebagai salah seorang pelabur berjaya di AS.

Maka daripada situlah beliau mengawal dana pelabur yang berjumlah $12 juta dengan bantuan Jim Rogers. Beliau kemudian menamakan semula Soros Fund Management menjadi The Quantum Fund bertujuan untuk perdagangan nilai mata wang dunia dan telah memperoleh keuntungan sebanyak $381 juta.

Peristiwa Hitam Bank of England Disebabkan George Soros

Tahun 1992 menjadi detik kepada tercetusnya peristiwa ‘Black Wednesday’  di mana George Soros telah menjual matawang pound dalam jumlah yang sangat besar iaitu sebanyak 10 billion US dollar!

Tindakan tersebut telah mengakibatkan England mengalami kerugian sehingga berpuluh-puluh bilion Pound dalam masa satu hari sahaja. Sementara, Soros mengaut keuntungan sebanyak 1.1 billion US dollar dan England terpaksa membelanjakan 3.4 billion Pound untuk menyelamatkan mata wang dari jatuh.

Rentetan daripada peristiwa hitam tersebut, negara Asia juga turut terkena tempias krisis ekonomi pada tahun 1997 sehinggakan beliau digelar ‘penyangak mata wang’ oleh Tun Dr Mahathir, iaitu Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu.

Soros bijak mengambil peluang ketika krisis-krisis yang berlaku contohnya pada krisis kewangan 2008, dan beliau berhasil mengaut keuntungan yang lumayan dengan menggunakan pelbagai strategi baru dan mengikut spekulasi pergerakan pasaran.

Namun, jangan ingat Soros terlepas daripada saat-saat kejatuhan kerana beliau juga pernah mengalami kerugian besar dalam hidupnya antaranya ketika salah satu peristiwa ‘black swan’ iaitu Dot Com Bubble.

Kini, Soros hanya menguruskan wang pelaburan milik keluarganya sahaja dan tidak lagi menerima sebarang wang pelaburan dari luar selepas beliau menutup dana pelaburan yang diasaskannya pada 2011.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat