GOLD Analisa Fundamental Harian 1 Apr 2015

41

moshedfx-forex-malaysia-gold-014

Emas yang menyusut lebih $8/oz sepanjang sesi Asia, hingga mencapai paras terendah harian sekitar 1178.45, kembali memacu naik lebih tinggi dari pembukaan, apabila pasaran Eropah dibuka.  Berita tentang Greece yang mula membuka pintu rundingan dengan Russia, merisaukan pasaran kerana kesan yang lebih besar boleh menyebabkan Greece keluar dari Euro-Zone.

Perdana menteri Greece, Alexis Tsipras diberitakan sedang berdepan dengan krisis pengeluaran dana secara besar-besaran oleh para penyimpan di bank-bank Greece, ekoran ketidakpercayaan rakyat kepada sistem kewangan negara tersebut.  Greece juga sedang menanti baki bantuan terakhir dari ‘troika’ – ECB, EU, IMF – yang berjumlah 7 bilion Euro yang terpaksa ditangguhkan ekoran ‘troika’ yang masih tidak berpuas hati dengan pelan reformasi Greece.

Dalam satu ucapan di Parlimen Greece Isnin lalu, Alexis Tsipras memberi usul dan memohon sokongan parti pembangkang bagi memulakan strategi rundingan baru untuk mengakhiri langkah jimat cermat yang dipaksakan oleh ‘troika’.  Keadaan ini dilihat bakal menjana permintaan untuk Emas.  Walau bagaimanapun, Dollar dilihat masih kukuh, ekoran komen terbaru presiden Feds untuk menaikkan “interest rate” lewat tahun ini.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat