GOLD Analisa Fundamental Harian 1 April 2016

43

Harga emas melonjak lebih $16.25/oz Khamis semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1,240.45/oz sebelum susut semula untuk menutup lebih rendah sekitar paras $1,232.55/oz; setelah penganalisis mengatakan kesan turun naik harga komoditi adalah lebih sukar untuk diramalkan berbanding masa lalu. Kejatuhan harga komoditi, yang bermula lebih daripada empat tahun lalu selepas mencapai kemuncak pada 2011, masih menjadi sumber ketidakstabilan untuk negara-negara membangun.

Ini berlaku dalam pelbagai cara: penurunan penggunaan negara membangun, pelaburan dan import, dengan kesan negatif ke atas agregat permintaan dari negara-negara perindustrian; kurang pelaburan dalam sektor-sektor tertentu dalam ekonomi perindustrian; risiko deflasi dan ketidakstabilan kewangan; ketidakstabilan sosial dan politik di negara-negara membangun, dengan kesan-kesan negatif kepada negara lain di dunia.

[adrotate group=”6″]

Harga jongkong emas bangkit mendadak tahun ini, kerana kebimbangan mengenai pertumbuhan ekonomi global dan kelembapan di China menggoncang pasaran saham, sekaligus mencetuskan permintaan yang lebih untuk logam emas. Emas telah menyaksikan kenaikan tiga bulan terbesar sejak suku ketiga tahun 1990, dengan menunjukkan keuntungan lebih daripada 15% sehingga kini.

Dan jika ia meneruskan pencapaian cemerlang ini, emas boleh menuju ke suku terbaiknya dalam hampir 30 tahun, menurut Reuters. Harga telah meningkat 16% pada 24 Mac 2016, menjadikannya pelaburan terbaik pada 2016 setakat ini. Pendorong utama di sebalik kenaikan sekarang adalah kelemahan Dollar AS. Kelemahan Dollar pula didorong oleh jangkaan pasaran terhadap pertumbuhan global yang rendah. Ini juga telah mengganggu jangkaan kekerapan dan jumlah kenaikan kadar Federal Reserve AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat