GOLD Analisa Fundamental Harian 1 Jul 2015

36

moshedfx-forex-malaysia-gold-019

Harga emas jatuh untuk 2 hari berturut-turut lebih $12.50/oz Selasa semalam, dari paras tertinggi harian sekitar $1,180.55 ke serendah $1,166.95 sebelum menutup sekitar paras $1,172.15/oz; setelah keyakinan bahawa Greece dan pemiutangnya akan mencapai perjanjian, hilang selepas tengah malam pada Jumaat; apabila Perdana Menteri Alexis Tsipras menghubungi rakan-rakan untuk referendum pada 5 Julai bagi menentukan langkah-langkah penjimatan yang dituntut oleh pemiutang.

Selasa semalam menandakan tempoh tamat pakej bantuan Greece dan juga tarikh akhir bagi pembayaran kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Sebelum daripada itu, emas meningkat nilai apabila Euro tenggelam berbanding Dollar dan pasaran ekuiti global berundur.  Isnin lalu emas menyaksikan sedikit aktiviti, tetapi Selasa menunjukkan bahawa pasaran kembali tenang dan lega; sekaligus membiarkan emas jatuh kembali ke bawah.

Deutsche Bank dalam jangkaan terbarunya telah mengekalkan tinjauan harga emas tidak berubah pada $1,125 bagi suku keempat tahun ini. DB berkata tinjauan jangka sederhana Emas adalah menurun.  “Ini adalah berdasarkan kepada jangkaan kami bahawa Fed akan mengetatkan dasar kewangan dan risiko kenaikan kepada pulangan bon AS dan nilai Dollar AS. Kami hanya akan mula meminda pandangan ini jika Fed menangguhkan pengetatan kewangan ke tahun depan dan / atau pertumbuhan AS mula kehilangan momentum dengan implikasi negatif kepada S&P500 dan nilai Dollar AS, “menurut Deutsche Bank.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat