Emas berada dalam dagangan tipis dan sedikit ‘bearish’ dengan pergerakan tidak melebihi $10/oz Isnin semalam; selepas ketiadaan sebarang pemangkin baru selain dari krisis ‘Grexit’ di Eropah. Menurut satu laporan media pada hujung minggu lalu, Commerzbank mengatakan, pasaran masih belum dapat menerima keadaan Greece dan ianya berkemungkinan lebih buruk dari yang disangkakan.
Keadaan pasaran dan ekonomi yang tidak menentu dan sebarang krisis, sudah tentunya satu berita baik untuk emas yang nilainya bergantung kepada keadaan-keadaan yang sedemikian. Emas yang merupakan pelaburan kalis inflasi, bakal mendapat banyak permintaan sekiranya Greece ditakdirkan keluar dari Euro-Zone. Walaupun Greece sekadar menyumbang sekitar 2% dari GDP Euro-Zone, ianya dilihat pemangkin kepada Negara-Negara lain yang mempunyai masalah yang sama, untuk mengambil tindakan yang serupa.
Para pelabur jongkong emas melihat kejatuhan harga ini satu peluang baik untuk menambah pegangan mereka, terutamanya bank-bank pusat yang mahu meningkatkan simpanan emas mereka. Pasaran dijangka terus ‘ranging’ melainkan terdapat sebarang kejutan pasaran.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni