GOLD Analisa Fundamental Harian 11 Mac 2016

31

Harga emas yang menyusut lebih $17.50/oz sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Khamis semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1,235.12/oz, kembali memacu naik lebih $35.95/oz untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1,273.40/oz, sebelum menutup sekitar paras $1,272.10/oz; setelah pasaran memberikan reaksi kepada keputusan kadar sifar ECB, yang menyebabkan kadar tukaran EUR/USD melonjak, sekaligus mengapungkan harga emas.

[adrotate group=”6″]

Harga emas telah mendapat sokongan, terkesan daripada sentimen pasaran terhadap Federal Reserve AS yang dijangka tidak akan menaikkan kadar dalam masa terdekat.  Emas yang tidak menawarkan kadar pulangan tetap, berkadar songsang dengan bon dan aset berkadar tetap, jatuh harga apabila kadar pulangan bon perbendaharan AS meningkat.  Pada masa yang sama, situasi kegawatan kewangan dan ekonomi global masa kini, mendorong pelabur untuk menyimpan dalam emas sebagai pelindung inflasi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat