GOLD Analisa Fundamental Harian 12 Jan 2015

32

moshedfx-forex-malaysia-gold-001Emas melonjak hampir $17 untuk mencecah harga tertinggi sekitar $1,223.95 pada Jumaat lalu, apabila kegusaran pasaran ditambah dengan isu perkauman dan agama yang meletus di Perancis.  Isu Charlie Hebdo dilihat boleh menyebabkan ketegangan etnik dan agama di negara Kesatuan Eropah itu, sekaligus meniupkan semula sentimen anti-Islam di Barat.

Pasaran yang sudah sememangnya risau dengan krisis politik di Greece, dan penguncupan ekonomi global; dilihat bakal terus memberikan tumpuan terhadap isu geo-politik dan sebarang krisis yang mungkin meletus di mana-mana.  Greece bakal berdepan dengan pilihanraya presiden pada 25hb ini, dan sekiranya Parti Syriza yang berhaluan kiri menang, ia dijangka membatalkan semua perjanjian dengan “troika” (ECB, EU, IMF) sekaligus melupuskan semua hutangnya.

Keadaan ini merisaukan pasaran, kerana sekiranya ia berlaku, negara lain yang mendapat bantuan “troika” seperti Ireland, dilihat berpotensi melakukan perkara yang sama, lantas menggegarkan pasaran modal yang tidak pernah berhadapan dengan krisis seperti ini.  Pada masa yang sama, di pasaran hadapan emas, “open interest” bagi kontrak Februari 2015 menyusut dari 218,396 kepada 202,844 lantaran kegiatan mengambil untung.  Kontrak April 2015 pula melonjak keparas tertinggi dalam masa 6 bulan dengan “open interest” sebanyak 91,519.  Kontrak December 2015 juga dilihat mula mendapat permintaan dengan “open interest” sebanyak 22,815.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat