GOLD Analisa Fundamental Harian 12 Mei 2015

35

moshedfx-forex-malaysia-gold-014

Harga emas menyusut sekitar $12.50 Isnin semalam, dari paras tertinggi harian sekitar $1,191.75/oz sebelum menutup lebih rendah sekitar paras $1,183.95/oz; selepas para pedagang kehilangan arah dan pemangkin untuk memacu naik harga emas. Ketika ini hanya Dollar AS yang menyokong harga emas, setelah mata wang Amerika itu turun dari paras tertinggi pada April. Emas menurun untuk kali ketiga dalam empat hari, selepas para pelabur menjual dana berasaskan emas pada kadar yang terbesar dalam masa tujuh bulan.

Pegangan dalam produk dagangan bursa jatuh 10.1 tan metrik, yang paling banyak sejak 8 Oktober, menurut data yang dikumpul oleh Bloomberg pada Jumaat lalu. Para pelabur telah menjual logam berharga di tengah-tengah spekulasi bahawa ekonomi yang kukuh akan menggesa Federal Reserve untuk menaikkan “interest rate” pada tahun ini. Kos pinjaman lebih tinggi mengekang permintaan untuk emas yang hanya menawarkan pulangan melalui kenaikan harga.

Di pasaran Amerika Syarikat, Data NFP AS yang dilaporkan pada Jumaat lalu menunjukkan pertumbuhan pekerjaan yang lebih baik pada bulan April; walaupun sedikit di bawah anggaran pakar ekonomi, manakala kadar pengangguran berkurangan. “NFP AS menunjukkan keadaan pengangguran yang semakin hampir kepada apa yang Feds anggap sebagai ‘full-employment’,” menurut Jonathan Butler, pakar strategi logam berharga di Mitsubishi London. “Ini menimbulkan prospek kenaikan inflasi dan gaji yang membuka kemungkinan kenaikan “interest rate” AS pada September atau Oktober tahun ini.” tambah beliau lagi.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat