GOLD Analisa Fundamental Harian 13 Apr 2015

57

moshedfx-forex-malaysia-gold-010

Harga emas meningkat lebih $17/oz Jumaat lalu, selepas berlegar-legar sekitar pivot minggu lepas, $1,196.50 untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar $1,210.75 sebelum menutup pada paras $1,208.15; sekaligus menjadikan harga emas berada di atas pivot hari ini, sekitar $1,204.05  ‘Uptrend’ di carta harian masih kukuh dengan pembatalan pada sekitar $1,192.65/oz

Di pasaran ekuiti Amerika Syarikat , Index Dow Jones telah berada dalam dagangan ‘ranging’ sejak 4 bulan yang lalu, apabila pasaran mula terkesan dengan ketidaktentuan Federal Reserve dalam menetapkan masa untuk kenaikan “interest rate” buat julung kalinya, selepas krisis kewangan 2008 yang menyaksikan “interest rate” AS berada pada paras yang terendah dalam sejarah.

Komen-komen terbaru dari ahli majlis FOMC Feds dilihat bercampur-campur, dan keadaan ini dijangka menyebabkan pasaran ekuiti akan terus ‘ranging’.  Terdapat juga komen yang mengatakan Amerika Syarikat belum bersedia untuk kenaikan “interest rate” sehingga 2016.  Sekiranya “interest rate” dinaikkan Jun ini, emas dijangka merudum lantaran sifat logam berharga itu yang tidak membayar sebarang dividen atau “interest”.  Pasaran dijangka dalam dagangan berhati-hati.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat