GOLD Analisa Fundamental Harian 13 April 2016

50

Harga emas berada dalam dagangan ‘sideway’ Selasa semalam, dengan pergerakan sekitar $ dari paras tertinggi harian sekitar $1,262.67/oz ke serendah $1,251.29/oz, sebelum menutup sekitar paras $1,255.43/oz; setelah pasaran dipenuhi kegiatan mengmabil untung belian. Pada masa yang sama, para pelabur kini menilai semula minit mesyuarat FOMC dan kenyataan terbaru dari beberapa presiden Feds cawangan.

Sebelum daripada itu, Dollar yang lemah penyokong permintaan bagi matawang lain, sejak Pengerusi Feds Janet Yellen mengurangkan jangkaan kenaikan kadar AS pada tahun ini. Jangkaan tersebut telah membantu emas mencapai suku terbaik dalam masa 30 tahun, pada tempoh tiga bulan hingga Mac lalu, selepas Feds AS menaikkan kadar pada bulan Disember untuk kali pertama dalam hampir satu dekad.

[adrotate group=”6″]

Emas juga telah disokong oleh permintaan aset-aset ‘safe-have’. Data ekonomi yang lemah dan ketidaktentuan dasar kewangan AS telah menyumbang kepada penghindaran risiko, sekaligus meningkatkan selera pelabur untuk emas dan aset-aset ‘safe-haven’ yang lain, termasuk Yen Jepun. Data mingguan terkini emas Comex, mencatatkan penurunan dalam kedudukan belian bersih, tetapi kedudukan itu masih dekat dengan paras dua bulan tertinggi.

Walaupun keadaan risiko global telah disokong oleh data inflasi China yang lebih baik daripada jangkaan, emas masih berdaya tahan dan akhirnya bergerak lebih tinggi kerana harga logam berharga tersebut cenderung untuk mengikuti trend harga komoditi seperti minyak mentah.  Dengan laporan data jualan runcit dan harga pengeluar Amerika Syarikat yang dijangka bertambah baik, ini mungkin boleh mengubah halatuju Dollar dalam masa terdekat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat