Emas berada dalam dagangan “ranging” Khamis semalam, dengan paras tertinggi harian sekitar $1,232.86 dan terendah sekitar $1,218.08 untuk satu troy ounce; sebelum menutup carta harian dengan “bullish inverted hammer”, yang menandakan kemungkinan pasaran bakal membuat U-turn dalam masa terdekat. Carta mingguan juga telah berubah kepada uptrend, dengan pembatalan “stop and reverse” pada sekitar $1,192.80
Emas dilihat bakal terus mendapat permintaan, terkesan dari krisis “Grexit” yang menyaksikan para pemimpim Greece masih lagi dalam kemelut rundingan, bagi mencapai kata sepakat berkaitan dengan hutang luar yang berjumlah 260 bilion Euros dengan ‘troika’ – EU, ECB, IMF. Pada masa yang sama, keadaan geo-politik di Ukraine yang tidak menentu, tambah merisaukan para pelabur.
Di pasaran hadapan, kontrak April 2015 terus mendapat permintaan, dengan “open interest” tertinggi sebanyak 264,072 berbanding 1,269 untuk March 2015, dan hanya 656 untuk bulan ini. Kontrak June 2015 juga mendapat sambutan dengan “open interest” sebanyak 53,948 sehingga pasaran Chicago ditutup semalam. Harga penutup semalam adalah sekitar $1,220.10 sehingga $1,221.40, dan dengan harga spot yang lebih mahal, sekitar $1,227.35 ketika artikel ini ditulis; ini menunjukkan sentimen pasaran yang sedikit bearish dalam masa terdekat.