GOLD Analisa Fundamental Harian 13 Nov 2015

40

moshedfx-forex-malaysia-gold-011

Harga emas terus berada dalam dagangan ‘sideway’ Khamis semalam, dengan pergerakan sekitar $15.40/oz dari paras tertinggi harian sekitar $1,088.80/oz ke serendah $1,073.40/oz sebelum menutup lebih rendah dari pembukaan; setelah trader mengambil kesempatan daripada kejatuhan harga untuk membuat belian baru. Pada masa yang sama, permintaan untuk emas di India pada suku ketiga 2015 meningkat 13% kepada 268.1 tan metrik daripada 238.2 tan metrik setahun lalu, menurut Majlis Emas Dunia.

Majlis Emas Dunia telah menambat permintaan emas bagi tahun 2015 pada 850-950 tan metrik, meningkat daripada 811 tan metrik pada tahun 2014. “Kejatuhan harga pada awal suku tahun ini telah membawa pengguna membeli lebih awal untuk musim perayaan dan perkahwinan yang akan datang,” menurut Majlis Emas Dunia.

[adrotate group=”6″]

Di China, deposit emas yang besar sekurang-kurangnya 470 tan, telah ditemui di bawah dasar laut di Laut China Timur.  Deposit tersebut terletak kira-kira dua kilometer di bawah paras laut di kawasan yang mempunyai anggaran rizab sekurang-kurangnya 1,500 tan emas. Ia telah ditemui di kota Laizhou yang mempunyai rizab emas terbesar di China. Lebih daripada 2 ribu tan emas telah ditemui di sana baru-baru ini.

Emas telah mencatatkan penurunan bagi 10 daripada 11 sesi pada semalam. Tahap sokongan utama seterusnya ialah pada paras 5-1/2 tahun terendah sekitar $1,077 yang dicapai pada bulan Julai lalu, kata penganalisis.  Trader akan mengintai kenyataan oleh sekurang-kurangnya enam pegawai Federal Reserve AS untuk isyarat kepada pertumbuhan ekonomi dan dasar monetari Amerika Syarikat.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat