GOLD Analisa Fundamental Harian 14 Mei 2015

54

moshedfx-forex-malaysia-gold-016

Harga emas melonjak lebih $25.50/oz Rabu semalam, dari paras terendah harian sekitar $1,191.35/oz, sebelum menutup lebih tinggi sekitar paras $1,215.75/oz; selepas Dollar dijual semula terkesan dari laporan jualan runcit yang begitu mengecewakan. Krisis Grexit yang sedikit reda selepas Greece membuat pembayaran hutang IMF sebanyak €750 juta, juga membantu sokongan belian untuk Euro.

Emas bertahan semalaman untuk didagangkan berhampiran paras tertinggi dalam seminggu pada hari Rabu semalam, disokong oleh kelemahan Dollar dan pasaran ekuiti, tetapi penjualan dana berasaskan emas dan ketidaktentuan masa kenaikan kadar AS mungkin sedikit mengekang pacuan harga emas. Keupayaan Fed untuk menangguhkan kenaikan “interest rate” yang pertama, kini “lebih terhad” daripada keupayaan untuk mempercepatkannya, menurut seorang pegawai atasan Federal Reserve Amerika Syarikat.

Emas juga telah dilanda aliran keluar daripada dana berasaskan emas. SPDR Gold Trust, dana berasaskan emas terbesar dunia, melihat penurunan pegangan paling ketara dalam sehari pada tahun ini, hari Jumaat lepas iaitu hampir 11 tan. Permintaan emas di India pula adalah lembap walaupun harga emas rendah dan ketika musim perayaan. India merupakan salah satu pembeli terbesar emas fizikal. Mata wang tempatan yang lemah bermakna emas menjadi mahal kerana Dollar AS yang kukuh.

Dollar AS meningkat nilai berbanding dengan sekumpulan mata wang utama kerana ketidakpastian yang melanda Euro-Zone. Greece berada di ambang kemuflisan ekoran hutangnya terhadap IMF yang nyaris tidak dapat dibayar pada hari Isnin. Di Amerika Syarikat, kadar pengangguran turun kepada paras tujuh tahun terendah yang juga menunjukkan ekonomi Amerika Syarikat yang masih kukuh. Walau bagaimanapun, Dollar AS diniagakan lebih rendah sedikit pada penutupan dagangan semalam, selepas data jualan runcit yang mengecewakan.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat