GOLD Analisa Fundamental Harian 15 April 2016

42

Harga emas berada dalam dagangan tidak menentu Khamis semalam, turun naik dari paras tertinggi harian sekitar $1,244.13/oz ke serendah $1,223.90/oz, sebelum menutup sekitar paras $1,227.75/oz; setelah tekanan pasaran reda dan Dollar AS melonjak. Harga emas lemah ekoran peningkatan dalam selera terhadap risiko global dan Dollar yang lebih kukuh, sekaligus membendung permintaan untuk emas dengan pasaran ekuiti yang juga memacu naik.

Memandangkan keadaan yang masih tidak menentu secara keseluruhan, harga masih berdaya tahan, hanya sedikit di bawah $1,250/oz dan masih di atas paras terendah minggu lepas. Sentimen risiko menerima rangsangan seterusnya daripada data perdagangan China yang lebih kukuh dari jangkaan dengan peningkatan eksport tahunan buat kali pertama dalam tempoh lapan bulan, walaupun data agak mengelirukan dengan cuti Tahun Baru China.

[adrotate group=”6″]

Pasaran ekuiti Asia meningkat kukuh dengan Jepun mendapat bantuan tambahan daripada Yen yang lebih lemah, selepas keyakinan pasaran meningkat, terkesan dari data China yang kukuh. The Financial Express melaporkan bahawa emas mencecah paras tertinggi tiga minggu sekitar $1,262.60/oz pada awal minggu ini, selepas kejatuhan pasaran saham dan nilai Dollar.

Pasaran niaga hadapan emas dan perak menurun 1%, sekaligus menyentap rentetan kenaikan lima hari. Dollar AS bangkit dan pasaran saham utama meningkat semalam, selepas keputusan kewangan JPMorgan menewaskan jangkaan pasaran dan data perdagangan China yang kukuh menawarkan harapan bahawa ekonomi terbesar Asia dan ketiga terbesar dunia adalah stabil.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat