GOLD Analisa Fundamental Harian 17 Mei 2016

53

Harga emas meningkat lebih $18.15/oz pada sepanjang sesi Asia dan Eropah Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1,288.66/oz, sebelum susut semula lebih $17.40/oz untuk ke paras terendah harian sekitar $1,270.88/oz, dan kemudiannya menutup sekitar paras $1273.95/oz setelah pasaran berada dalam mood yang tidak menentu tentang spekulasi kenaikan kadar AS pada bulan Jun ini.  Beberapa komen terbaru dari Presiden Feds cawangan yang mahukan kadar dinaikkan secara beransur-ansur, tambah menghangatkan spekulasi kenaikan kadar pada mesyuarat FOMC Jun ini.

Dalam pada itu, Reuters mensifatkan peningkatan tersebut adalah kesan dari data China yang kurang memberangsangkan pada hujung minggu. Pelaburan, pengeluaran kilang dan jualan runcit China semuanya membesar dengan lebih perlahan daripada apa yang dijangkakan pada bulan April, sekaligus menambah kepada keraguan mengenai sama ada ekonomi kedua terbesar di dunia berada dalam keadaan stabil. Emas telah mendapat kira-kira 20% kenaikan sepanjang tahun ini; selepas data ekonomi yang lemah di Amerika Syarikat dan di tempat lain, menyusutkan jangkaan peningkatan kadar dalam jangka masa terdekat.

Satu laporan baru-baru ini yang diterbitkan oleh akhbar Hindustan’s Times berkata bahawa permintaan emas global meningkat 21% kepada 1,290 tan metrik pada Januari-Mac, menurut Majlis Emas Dunia. Pembeli dalam dana dagangan bursa emas (ETF) adalah yang tertinggi sejak 2009 dan dalam tempoh suku fiskal pertama, ETF menyaksikan aliran masuk 364 tan emas, berbanding dengan hanya 26 tan pada tahun sebelumnya.

Pemandu harga emas kekal kukuh seluruh dunia, kata Somasundaram PR, India MD, Majlis Emas Dunia. “Tidak ada lagi yang perjanjian yang kuat bahawa ekonomi AS telah pulih semula. Masih terdapat banyak soalan sekitar kebangkitan di China, terdapat kadar negatif yang diterima pakai oleh Jepun … Jadi di peringkat antarabangsa, faktor yang mendorong kenaikan harga adalah sangat teguh dan tidak akan hilang dalam jangka masa pendek. “.

Di India, harga emas telah meningkat hampir 20% sejak Januari, berbanding dengan penurunan 6% pada tahun lepas. Walaupun harga berhampiran dengan paras $25,400 per 10 gram pada bulan Januari, harga mencapai sekitar $31,000 pada bulan ini, dan masih mempunyai perdagangan lebih `$30,000. Penganalisis bagaimanapun, melihat lagi 10-20% kenaikan pada tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat