GOLD Analisa Fundamental Harian 17 Nov 2015

30

moshedfx-forex-malaysia-gold-011

Harga emas yang dibuka lebih tinggi Isnin semalam dan memacu ke paras tertinggi harian sekitar $1,098.15/oz tidak dapat bertahan lama apabila susut semula lebih $16.55/oz untuk ke paras terendah harian sekitar $1,081.35/oz sebelum menutup sekitar paras $1,082.70; setelah pasaran nampaknya tidak hirau diatas tindakan keganasan di Perancis. Walau bagaimanapun, pasaran saham global terjejas teruk bersama Euro apabila Perancis menutup sempadannya.

Emas dijangka bangkit semula dari paras lima tahun terendah semalam, manakala komoditi lain mengekalkan dagangan mereka, lantaran serangan pengganas di Paris tidak akan banyak merubah bekalan dan permintaan bahan mentah global seperti tembaga dan kopi.  Serangan di Paris pada lewat Jumaat lalu telah membunuh lebih daripada 130 orang, yang menyebabkan Perancis tegas untuk bertindak balas dan melancarkan serangan udara di Syria terhadap ISIS, yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.

[adrotate group=”6″]

Pada sidang kemuncak G20 di Turki, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berikrar untuk meningkatkan usaha bagi menghapuskan ISIS dan mencegah serangan-serangan seperti di Paris daripada berlaku di tempat lain.  Pemimpin EU menggesa Russia menumpukan usaha ketenteraannya ke atas gerakan radikal militan.  Pasaran niaga hadapan saham Amerika Syarikat jatuh teramat rendah dan euro terbabas dalam dagangan awal Asia semalam, dengan pasaran saham yang dijangka mengambil petunjuk daripada minat pelabur yang rendah untuk risiko ekoran serangan di Paris dan kerugian besar di Wall Street.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat