GOLD Analisa Fundamental Harian 18 Dec 2014

34

moshedfx-forex-malaysia-gold-010Emas didagangkan dalam suasana “ranging” Rabu semalam dari paras tertinggi harian sekitar $1,202.87 ke serendah $1,182.14 selepas para pelabur dan pengurus dana memberikan reaksi yang bercampur-campur terhadap Mesyuarat FOMC Federal Reserve Amerika Syarikat.  Sebelum dari itu, sentimen pasaran emas adalah “bullish” dengan para pedagang yang kebanyakannya mulai risau dengan kejatuhan pasaran ekuiti dan harga komoditi.

Menurut Ole Hansen, Ketua Strategi Komoditi di SaxoBank dari Copenhagen, “emas mendapat sokongan dari sentimen risk-off yang mulai kelihatan dari pelbagai jenis asset-asset pelaburan.”  Sentimen “risk-off” itu berkait-rapat dengan risiko geo-politik di Russia dan penjualan matawang “emerging markets”.

Pasaran hadapan emas juga terus menambah kontrak, dengan “open interest” untuk Februari 2015 sebanyak 233,234 – jumlah tertinggi yang baru dalam tempoh 6 bulan.  Kontrak April 2015 juga dilihat semakin mendapat permintaan dengan jumlah kontrak sebanyak 52,390.  Dengan harga emas yang dibawah kos produksi $1,200 pasaran melihat belian melebihi jualan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat