GOLD Analisa Fundamental Harian 18 Mei 2015

51

moshedfx-forex-malaysia-gold-0191

Harga emas yang jatuh lebih $10.50 pada sepanjang sesi Asia Jumaat lalu, kembali memacu naik pada sesi pagi New York untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar $1,226.20 sebelum menutup sekitar paras $1,224.70 selepas para pelabur mula risau dengan laporan data-data ekonomi Amerika Syarikat yang terus menerus mengecewakan, yang akan menutup kemungkinan kenaikan “interest rate” seawal Jun ini.

Pasaran emas fizikal semakin mendapat permintaan dari hari Rabu lagi, setelah data menunjukkan jualan runcit AS yang tidak berubah pada bulan April, malah lebih lemah daripada jangkaan. Keadaan itu sekaligus menambah kebimbangan tentang pertumbuhan suku kedua AS yang lembap selepas didorong oleh data NFP pada awal bulan ini. Data pada hari Khamis pula menunjukkan bilangan rakyat Amerika yang memfailkan tuntutan baru untuk bantuan pengangguran, jatuh lepas ke paras 15 tahun terendah; namun gagal untuk mengurangkan kebimbangan terhadap ekonomi terbesar dunia itu.

Dollar didagangkan pada hampir ke paras terendah dalam empat bulan pada hari Jumaat lalu, berbanding sekumpulan mata wang utama; dan spekulasi pasaran mula berlegar bahawa Federal Reserve AS tidak akan menaikkan “interest rate” sehingga akhir tahun ini. Kadar yang lebih tinggi akan meningkatkan permintaan bagi Dollar AS, tetapi mengurangkan permintaan untuk emas yang tidak membayar sebarang bentuk “interest”.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat