GOLD Analisa Fundamental Harian 19 April 2016

45

Harga emas berada dalam dagangan bercampur-campur Isnin semalam, naik turun dari paras terendah harian sekitar $1,230.08/oz ke setinggi $1,241.66/oz, sebelum menutup sekitar paras $1,232.42/oz; setelah pasaran memberikan sedikit reaksi kepada tekanan pasaran yang dicetuskan oleh kejatuhan harga minyak selepas menteri minyak OPEC tidak dapat mencapai persetujuan dalam menghadkan peringkat pengeluaran.

Pasaran diberitakan bahawa trader emas lebih bimbang tentang keputusan mesyuarat musim bunga G-20. Menteri-menteri kewangan dan gabenor bank pusat daripada pelbagai negara, memberi amaran bahawa kadar yang rendah sahaja tidak akan dapat memulihkan ekonomi global yang lembap, dan ini dijangka akan meningkatkan usaha kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan ekonomi yang sukar.

Pemimpin kewangan G-20 juga mengancam untuk menghukum negara-negara yang gagal untuk mencapai taraf antarabangsa mengenai ketelusan cukai dan berkongsi maklumat tentang syarikat-syarikat dan orang-orang yang menyembunyikan wang cukai dari pihak berkuasa percukaian. Ekoran daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) minggu lalu yang memotong unjuran pertumbuhan ekonomi dunia kepada 3.2% bagi 2016, ketua-ketua kewangan G-20 dan gabenor-gabenor bank pusat berkata “risiko dan ketidaktentuan” kepada ekonomi global akan berterusan.

[adrotate group=”6″]

Penganalisis dari Citi meramalkan bahawa peningkatan harga emas yang dilihat pada suku pertama 2016 adalah tidak mungkin untuk dikekalkan, menurut laporan Business Insider.  Suku pertama 2016 menyaksikan turun naik yang besar dalam pasaran ekuiti di seluruh dunia, dibantu oleh kebimbangan yang semakin meningkat tentang kesihatan ekonomi global, keadaan ekonomi China dan kesannya kepada seluruh dunia.

Malah pasaran ekuiti India juga turut susut nilai pasaran mereka dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, ekoran kesan penularan. Ketidakpastian mengenai pertumbuhan global juga memastikan bahawa pasaran matawang berada dalam kegawatan, terutamanya matawang negara membangun yang mana semuanya adalah pada paras terendah dalam beberapa tahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat