Emas melonjak lebih $22 pada petang sesi Eropah Rabu semalam, untuk kembali berada pada paras harga purata kos produksi 1/oz emas, sekitar $1,200/oz; apabila spekulasi ‘Grexit’ kembali hangat dalam pasaran dengan menteri dalam negeri Greece, diberitakan merancang untuk melewatkan pembayaran balik pinjaman IMF sebanyak 450 juta Euro pada 9 April ini.
Pada masa yang sama, laporan “ADP employment change” dan “manufacturing PMI” Amerika Syarikat yang dilaporkan meleset, menyebabkan penjualan Dollar. “ADP employment change” AS dilaporkan pada 189 ribu berbanding 225 ribu jangkaan dan 214 ribu pada sebelumnya. Laporan “manufacturing PMI” AS yang juga merosot dari 52.9 kepada 51.5 berbanding 52.5 jangkaan tambah menggusarkan pemegang-pemegang matawang Dollar.
Dana berasaskan emas dilaporkan menyusut pegangan emasnya sebanyak 180 ribu oz kepada 55.97 juta oz pada minggu berakhir 31hb March. Jumlah pegangan pada sepanjang bulan March juga dilaporkan menyusut sebanyak 1.72 juta oz. Penjualan dilihat dari SPDR Fund dan LSE Funds untuk mengurangkan risiko pelaburan mereka. Pasaran dijangka dalam dagangan berhati-hati.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni