GOLD Analisa Fundamental Harian 2 Feb 2015

45

moshedfx-forex-malaysia-gold-005

Emas memacu naik lebih $26/troy oz pada Jumaat lalu, setelah jatuh lebih $40 sebelumnya, apabila mesyuarat FOMC Federal Reserve Amerika Syarikat menegaskan untuk tetap menaikkan “interest rate” pada tahun ini seawal June.  Keadaan itu menjadikan aset-aset yang tidak membayar sebarang “interest” seperti Emas, hilang daya tarikan.

Philip Futures dalam satu kenyataan, menjangka kejatuhan semula harga emas dibawah $1,200 apabila “interest rate” dinaikkan buat pertama kalinya.  Data terbaru “unemployment claims” minggu lalu, menunjukkan keadaan ekonomi AS yang lebih baik, apabila pemohon baru bantuan pengangguran, jatuh ke paras yang terendah dalam tempoh 15 tahun.  Walau bagaimanapun, GDP US yang dilaporkan menguncup dari 5% kepada 2.6%, berbanding jangkaan 3.3% menyebabkan pasaran kembali dalam mood berhati-hati.

Dipasaran hadapan, kemasukan bulan Februari menyebabkan para pedagang menyelesaikan kebanyakan kontrak mereka, sekaligus menyaksikan”open interest” bagi kontrak Februari 2015 berkurang dari 172,581 kepada hanya 8,455 sehingga Jumaat lalu.  Kontrak April 2015 mendapat sambutan, dengan “open interest” sebanyak 289,233.  Pasaran dijangka terus “ranging” hari ini.

Berminat belajar forex, cara paling mudah ? Dapatkan Pakej Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX di sini – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat