GOLD Analisa Fundamental Harian 2 Nov 2015

40

trade-forex-malaysia-gold

Harga emas jatuh untuk hari ketiga, lebih $1.05/oz Jumaat lalu untuk mencapai paras terendah harian sekitar $1,139.30/oz sebelum menutup sekitar paras $1,141.85; setelah Dollar AS terus mendapat tambahan permintaan berbanding emas, terkesan dari kenyataan mesyuarat FOMC yang sangat jelas dan luar biasa, merujuk kepada mesyuarat Disember ini. Jawatankuasa FOMC berkata dalam menentukan sama ada ia akan menaikkan kadar pada “mesyuarat akan datang,” ia akan menilai kemajuan ke arah “objektifnya – pekerjaan maksimum dan 2% inflasi.”

Walaupun Pengerusi Feds, Janet Yellen dan pegawai-pegawai lain telah membuat kenyataan yang sama, pasaran telah mengambil komen Feds sebagai bercanggah dan mengelirukan, mengenai kedua-dua masa dan niat untuk kenaikan kadar. Kebimbangan Feds mengenai perkembangan antarabangsa dalam kenyataan September lalu, membuatkan pasaran lebih bingung.

[adrotate group=”6″]

Dengan pertumbuhan KDNK AS yang jatuh kembali kepada 1.5%, tetapi perbelanjaan pengguna meningkat kepada 3.2% pada suku ketiga 2015; gambaran ekonomi Amerika Syarikat boleh dibaca dua hala. Jepun juga memberikan satu pandangan yang tidak menentu apabila sasaran inflasi ditangguhkan. Pertumbuhan Euro-Zone pula semakin lemah seperti China. Secara keseluruhan ekonomi global tidak memberi gambaran yang diharapkan.

Memandangkan risiko geopolitik, sistemik dan kewangan yang masih tinggi, ramai penganalisis kembali yakin apabila memasuki ‘permintaan’ yang bermusim untuk emas pada November, Disember, Januari dan Februari; iaitu tempoh masa sebelum perayaan India dan permintaan Tahun Baru Cina.  Emas kelihatan agak kuat dan nampaknya telah mencapai dasar pada musim panas – ini adalah terutamanya dalam euro, pound dan lebih-lebih lagi mata wang seperti Kiwi dan Aussie.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat