GOLD Analisa Fundamental Harian 21 Mei 2015

44

moshedfx-forex-malaysia-gold-007

Harga emas kembali stabil dengan menokok lebih $9.50/oz Rabu semalam, selepas berada pada paras terendah harian sekitar $1,203.30/oz sebelum daripada siaran minit mesyuarat FOMC awal pagi tadi. Emas tidak banyak berubah lantaran harapan pasaran, bahawa kelemahan dalam ekonomi akan mendorong Federal Reserve AS untuk menangguhkan kenaikan “interest rate” sehingga selepas musim panas. Kenaikan “interest rate” akan melemahkan komoditi tanpa “interest” seperti emas yang bergantung kepada kenaikan harga untuk sebarang keuntungan.

Penganalisis pasaran mengharapkan harga emas untuk terus meningkat dengan ekonomi Amerika Syarikat dijangka kekal lemah untuk beberapa ketika. Krisis Grexit agak membantu selepas ketegangan antara Greece dan pemiutangnya, menyebabkan kelewatan dalam memuktamadkan program menyelamat untuk Greece. Negara itu perlu mengemukakan pembaharuan fiskal dan ekonomi sejajar dengan jangkaan presiden Euro-Zone.

Harga komoditi yang lain juga jatuh selepas kebangkitan Dollar, dan kebimbangan mengenai kelemahan dalam ekonomi China telah menolak pelabur daripada segala-galanya daripada minyak mentah, tembaga hingga jagung.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat