GOLD Analisa Fundamental Harian 22 Dec 2014

35

moshedfx-forex-malaysia-gold-012Emas didagangkan dalam aktiviti rendah dengan pergerakan terhad sekitar $7 ke $8 sahaja Jumaat lalu.  Logam berharga itu yang biasanya didagangkan dengan pergerakan sekitar $150 ke $250 sehari, mula menunjukkan aktiviti dagangan yang berhati-hati dari para pelabur.  Pasaran ditutup sekitar $1,194.30 dibawah harga kos produksi $1,200.

Minggu ke-2 December menyaksikan Emas memacu keparas tertinggi untuk bulan ini sekitar $1,238.24 apabila dunia dikejutkan dengan kejatuhan teruk Rubble lantaran krisis ekonomi Russia dan suasana geo-politik yang meruncing.

Kenaikan secara tiba-tiba itu menyebabkan para pelabur lebih berhati-hati dalam menambah kontrak jualan mereka, menurut Yuichi Ikemizu seorang pengurus cawangan di Standard Bank Tokyo.  Pelabur tidak lagi terlalu “bearish”, tambah beliau lagi.

Pasaran hadapan emas juga terus “bullish” dengan penambahan “open interest” untuk Februari 2015 menokok kepada 223,253 dan kontrak April 2015 terus menokok kepada 55,323.  Pertambahan kontrak hadapan ini menunjukkan pasaran yang sedang berubah arah.

Anda sedang trade guna akaun demo biasa? Apa kata anda join Demo Contest dari One Financial Markets. Anda bakal memenangi sebuah Akaun Forex Real yang tidak MC, untung boleh withdraw – Info lanjut klik sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat