GOLD Analisa Fundamental Harian 23 Dec 2014

53

moshedfx-forex-malaysia-gold-013Emas didagangkan dalam suasana ranging Isnin semalam walaupun menokok lebih $9 untuk meningkat setinggi $1,203.30 pada sesi pembukaan London sebelum menyusut semula bawah $1,200 pada petangnya.  Mendapat sokongan teguh pada $1,195 lantaran data berimpak tinggi “existing home sales” dari Amerika Syarikat yang keluar meleset dari jangkaan, 4.93 juta berbanding 5.20 juta.

Federal Reserve Amerika Syarikat yang dijangka menaikkan “interest rate” seawal April 2015 akan menyebabkan minat pelabur terhadap emas mengurang kerana sifat emas yang tidak membayar “interest” atau dividen dan hanya bergantung kepada kenaikan nilainya.  Emas selalu menjadi pilihan dikala krisis ekonomi dan bencana kerana sifatnya yang kalis inflasi.

Walau bagaimanapun, pasaran hadapan dilihat mula menyokong emas dengan pertambahan kontrak yang ketara untuk Jun dan Dec 2015 dengan “open interest” 34,865 dan 21,942 bagi bulan-bulan tersebut.  Pada masa yang sama, pengimport emas India diberitakan terpaksa menjual pada diskaun $2 berbanding harga pasaran London, buat pertama kalinya dalam tempoh 5 bulan, kerana lebihan penawaran.  Emas dijangka terus “ranging” sekitar harga produksi $1,200 dalam minggu-minggu cuti Krismas dan tahun baru 2015 yang mendatang.

Masih tercari-cari Broker Forex untuk buka akaun? Broker Regulated, STP, mudah withdraw profit – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat