GOLD Analisa Fundamental Harian 23 Dis 2015

35

moshedfx-forex-malaysia-gold-012

Harga emas susut sedikit Selasa semalam, lebih $8.45/oz untuk ke paras terendah harian sekitar $1,071.85/oz sebelum menutup sekitar paras $1,072.20/oz; dalam dagangan tipis menjelang cuti Krismas dan Tahun baru, di mana para pengurus dana dan pelabur dilihat mula menutup kontrak bulanan dan tahunan mereka untuk tahun kewangan 2015.  Semalam, laporan Jabatan Perdagangan AS menunjukkan ekonomi AS pada suku ketiga 2015 meningkat kurang daripada jangkaan awal, tetapi masih mengatasi jangkaan.

Jabatan Perdagangan AS berkata Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) meningkat 2.0% dalam tempoh tiga bulan berakhir 30 September, lebih baik daripada jangkaan 1.9%. Data awal pada mulanya menyandarkan pertumbuhan pada 2.1%. Sebelum daripada itu, ekonomi AS berkembang sebanyak 3.9% pada suku kedua.  Pada masa yang sama, data menunjukkan penggunaan peribadi meningkat 3.0% pada suku ketiga, di atas ramalan 2.9% dan tidak berubah daripada anggaran awal. Perbelanjaan pengguna lazimnya merangkumi hampir 70% daripada pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat.

[adrotate group=”6″]

Data yang lebih baik daripada ramalan, menyemarakkan spekulasi bahawa ekonomi Amerika Syarikat telah cukup kuat untuk mewajarkan kenaikan kadar selanjutnya pada 2016.  Dalam pada itu, penganalisis melihat kenaikan kadar yang lebih tinggi dengan secara beransur-ansur, sedikit sebanyak menghadkan penurunan harga emas. Dengan Feds yang merancang kenaikan kadar sebanyak empat kali tahun depan jika inflasi mula bergerak ke arah sasarannya, ramai pemerhati menghitung emas boleh bergerak lebih rendah lagi dalam jangka masa sederhana. Komoditi tidak berkadar seperti emas cenderung untuk bertindak balas secara negatif dengan kenaikan kadar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat