GOLD Analisa Fundamental Harian 23 Jul 2015

29

moshedfx-forex-malaysia-gold-019

Harga emas susut lebih $15.20/oz Rabu semalam untuk mencapai paras terendah harian sekitar $1,087.05 sebelum menutup sekitar paras $1,094.15; selepas pasaran terus memberi reaksi kepada jualan besar-besaran di Bursa Emas Shanghai pada Isnin, yang membantu menurunkan harga emas sebanyak 4% kepada paras 5-tahun terendah, sekaligus peniaga berharap permintaan akan bertambah di India, atau di tempat lain di Asia.

Penganalisis berkata emas berundur di tengah-tengah trend yang semakin lemah di pasaran luar negara untuk hari kesepuluh berturut-turut, selepas Goldman Sachs Group meramalkan kejatuhan seterusnya dalam harga dan pegangan.  Selain itu, jangkaan yang semakin meningkat bahawa Federal Reserve AS mungkin menaikkan “interest rate” pada akhir tahun ini dan permintaan yang rendah dari peniaga barang kemas di pasaran domestik, menyebabkan tekanan kepada harga emas.

“Interest rate” yang lebih tinggi merudumkan komoditi sebagai satu pelaburan, kerana komoditi tidak menawarkan sebarang pulangan pendapatan. Ini menjadikan mereka kurang berharga berbanding dengan bon dan lain-lain pelaburan yang memberi pendapatan yang seiring dengan “interest rate”.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat