Emas memacu naik lebih $18/oz Jumaat lalu, sepanjang sesi dagangan Eropah, apabila logam berharga itu mendapat permintaan, terkesan dari kenyataan presiden Federal Reserve Amerika Syarikat, Janet Yellen yang tidak mahu tergesa-gesa menaikkan “interest rate” AS yang telah berada pada kadar 0.25% sejak 2008. Kenaikan harga emas yang menghampiri paras $1,190 minggu lalu, memungkinkan ianya kembali kepada $1,200 – harga purata kos produksi bagi satu troy ounce emas.
US Dollar mengalami kejatuhan terburuk dalam masa seminggu sejak 2011, pada minggu lepas; apabila Feds menurunkan jangkaan GDP dan kadar kenaikan “interest rate” AS, bagi tahun berakhir December 2015. Ini sekaligus meningkatkan nilai emas yang menyaksikan juga, nilai dana berasaskan emas meningkat naik lebih $885 juta – yang terbanyak sejak Januari lalu.
Di pasaran hadapan, emas mencatat ‘net long’ sebanyak 53,100 berbanding 81,900 pada minggu sebelumnya. Keadaan ini dilihat sebagai kesan daripada para pengurus dana yang menutup kontrak mereka, sehari sebelum mesyuarat FOMC pada minggu lepas, kerana menjangkakan kejatuhan terus harga emas. Pasaran dijangka dalam dagangan berhati-hati.