GOLD Analisa Fundamental Harian 24 Mar 2015

55

moshedfx-forex-malaysia-gold-001

Emas terus meningkat naik lebih $11/oz Isnin semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian, sekitar $1,191.58; sekaligus memulakan fasa uptrend di carta harian dengan pembatalan pada sekitar $1,143.60/oz.  Pivot mingguan berada sekitar $1,171.20 dan ketika artikel ini ditulis, harga emas sedang berdepan dengan ‘support turned resistance’ pada paras terendah bulan Februari yang dibolosi, pada sekitar harga purata kos produksi – $1,200.

Harga emas telah meningkat 4 hari berturut-turut sejak Khamis lalu, apabila Dollar mula jatuh nilai, ekoran kenyataan Federal Reserve yang menurunkan jangkaan GDP dan kadar kenaikan “interest rate” dalam mesyuarat FOMC yang kedua tahun ini.  Emas yang disebut harga dalam US Dollar, banyak bergantung kepada kenaikan harga untuk mendapat pulangan yang setimpal kerana tidak membayar sebarang “interest”.

Di pasaran hadapan, semua kontrak dilihat menutup lebih tinggi Isnin semalam, dengan kontrak April dan Jun 2015 berada pada ‘open interest’ tertinggi – 192,515 dan 140,135. Pasaran dilihat bakal terus ‘bullish’ selepas Jun 2015, apabila bidaan terendah di pasaran tunai, sekitar $1,179.23 melebihi bidaan terendah untuk kontrak April dan Mei 2015.  Pasaran dijangka dalam dagangan ‘ranging’ hari ini, dengan aktiviti pengambilan untung.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat