GOLD Analisa Fundamental Harian 26 April 2016

40

Harga emas melonjak lebih $11.65/oz Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1242.17/oz sebelum menutup sekitar paras $1,237.77/oz; setelah pasaran bersedia menjelang mesyuarat FOMC Feds dan Bank of Japan pada minggu ini. Menurut trader, “Semakin banyak wang tunai yang mengalir ke dalam komoditi,” sambil menambah bahawa harga komoditi daripada keluli dan logam industri yang lain, naik mendadak terkesan daripada angka ekonomi dari Beijing telah bertambah baik.

Atas dasar urusniaga harian, penganalisis menjangkakan harga emas akan diniagakan tinggi disebabkan permintaan pelaburan yang kukuh seperti yang dilihat dalam aliran masuk pada dana SPDR emas, manakala data perumahan yang lemah dari Amerika Syarikat menunjukkan bahawa momentum pertumbuhan di Amerika Syarikat kembali lemah, sekaligus baik bagi logam berharga emas seperti yang dilaporkan oleh MoneyControl.

[adrotate group=”6″]

BDlive melaporkan bahawa Feds dijangka tidak akan menaikkan kadar pinjaman asas pada mesyuarat minggu ini, tetapi pasaran akan mencari pandangan Bank Pusat AS mengenai ekonomi global dan unjuran dasar monetari. Pengerusi Feds Janet Yellen berkata pada Mac lalu, bahaw Feds perlu meneruskan dengan berhati-hati dalam menaikkan kadar, selepas kenaikan pertama, dalam hampir satu dekad, pada bulan Disember lalu.

“Sekiranya Feds terus membayangkan kelewatan kenaikan kadar seterusnya, kita dapat melihat penjualan Dollar diteruskan, di mana pasaran komoditi utama termasuk emas boleh melonjak lebih tinggi,” menurut penganalisis INTL FCStone Edward Meir. “Bagaimanapun, kenaikan harga emas akan dihadkan oleh fakta bahawa pelbagai dana akan melaburkan wang mereka di pelbagai pasaran lain yang bergerak lebih kukuh daripada emas, manakala kekuatan yang berterusan dalam pasaran ekuiti Amerika Syarikat juga akan menjadi satu kekangan lain,” tambah beliau lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat