GOLD Analisa Fundamental Harian 26 Jan 2015

39

moshedfx-forex-malaysia-gold-019

Emas menyusut lebih $20 Jumaat lalu, dalam dagangan tipis dan didominasi oleh para pedagang yang mula mengambil untung dari belian semenjak awal Januari lalu.  Pasaran emas yang telah meningkat lebih $135 /troy oz sejak 3 minggu lalu, kini berdepan dengan resistance pada sekitar paras harga $1,300 untuk meneruskan “bull-run”.  Para pelabur dijangka melihat kepada keputusan pilihanraya Greece dan kesan selanjutnya, sebelum membuat sebarang keputusan lanjut.

Di saat Federal Reserve Amerika Syarikat yang mahu menaikkan “interest rate”; bank pusat Denmark, Turki, India, Kanada dan Peru, pula mengumumkan kejutan pemotongan “interest rate” pada minggu lepas.  Keadaan ini sekaligus, menyebabkan pasaran lebih berhati-hati untuk membuat sebarang pembelian baru untuk kontrak emas.  Mesyuarat FOMC awal pagi Khamis minggu ini bakal diberi tumpuan oleh para pelabur dalam menjangka kenaikan “interest rate” Amerika Syarikat.

Hari ini pasaran emas dibuka diatas pivot bulanan, sekitar $1,292.40, selepas Parti Syriza memenangi pilihanraya presiden Greece.  Kemenangan parti berhaluan kiri itu, dijangka bakal membuka peluang untuk Greece keluar dari Kesatuan Eropah, sekaligus membatalkan perjanjian pinjaman negara tersebut yang berjumlah 260 bilion Euro.  Keadaan ini dilihat satu tamparan kepada pasaran modal kerana ianya bakal menjadi contoh kepada negara-negara lain yang mendapat bantuan ‘troika’ (ECB, EU, IMF).

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat