GOLD Analisa Fundamental Harian 26 Mei 2015

38

moshedfx-forex-malaysia-gold-004

Emas melonjak lebih $5/oz pada pagi New York Isnin semalam, walaupun secara umum ‘ranging’ lantaran pasaran Eropah dan Amerika Syarikat yang bercuti.  Paras tertinggi dilaporkan sekitar $1,208.70 dan terendah sekitar $1,202.90 sebelum menutup sekitar paras $1,205.85 dalam spekulasi pasaran yang Federal Reserve AS sedang bersiap sedia untuk menaikkan “interest rate” buat kali pertama sejak 2008.

Dalam ucapan kepada sekumpulan perniagaan pada hari Jumaat, Pengerusi Feds Janet Yellen mengatakan bahawa bank pusat AS telah bersedia untuk menaikkan “interest rate” pada tahun ini, setelah ekonomi terbesar dunia itu menunjukkan pertumbuhan dan bangkit daripada kemelesetan pada awal tahun; disamping halangan domestik dan luar yang semakin berkurangan.

“Feds menaikkan “interest rate” pastinya bukan satu berita gembira untuk logam berharga, yang kini berada pada landasan untuk melanjutkan penurunan mingguan terbesar sejak April,” kata ketua penganalisis pasaran AvaTrade, Naeem Aslam.  “Yellen minggu lepas telah mengesahkan bahawa dia masih yakin bahawa “interest rate” akan meningkat tahun ini dan peniaga emas tidak gemar berita ini sama sekali.”, tambah beliau lagi.

“Interest rate” AS yang lebih tinggi akan meningkatkan kos bagi memegang emas, yang tidak membayar sebarang pulangan dividen atau “interest”.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat