GOLD Analisa Fundamental Harian 26 Mei 2016

38

Harga emas terus susut untuk hari keenam Rabu semalam, jatuh lebih $12.15/oz untuk ke paras terendah harian sekitar $1,217.73/oz sebelum memacu naik untuk menutup lebih tinggi sekitar paras $1,224.05/oz; setelah pasaran ekuiti global bangkit bersama-sama dengan Dollar AS. Pergerakan kedua-duanya menjejaskan permintaan untuk logam berharga yang tidak membayar sebarang kadar.

Trader emas yang ‘bullish’ memetik hakikat bahawa emas masih memberikan pulangan yang baik berbanding pasaran saham pada 2016, walaupun Dollar lebih kukuh dan ancaman pelbagai kenaikan kadar pinjaman AS pada tahun ini. Pelabur telah secara agresif membeli SPDR Gold Trust, dana dagangan bursa bersandarkan emas terbesar di dunia, sepanjang tahun ini.

Bagaimanapun, Selasa lalu pegangan dalam dana tersebut merosot buat kali pertama dalam sebulan, jatuh 0.44% kepada 868,66 tan metrik. Harga emas boleh terus jatuh sekiranya pelabur dalam ETF emas membuat keputusan untuk mengambil keuntungan dan mencairkan kedudukan belian mereka. Ini akan membawa kepada sejumlah besar emas masuk ke dalam pasaran tunai.

Hari ini G7 akan memulakan mesyuarat siri kedua yang akan menjadi perhatian pasaran kewangan.  Esok laporan GDP Amerika Syarikat pula akan menentukan arah Dollar selanjutnya, sekaligus mempengaruhi harga emas.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat