GOLD Analisa Fundamental Harian 28 Apr 2015

41

moshedfx-forex-malaysia-gold-002

Harga emas melonjak lebih $28.50/oz sepanjang 3 sesi dagangan Isnin semalam, untuk mencapai paras tertinggi sekitar $1,207.25 sebelum menutup lebih tinggi apabila logam kuning itu kembali mendapat lebih permintaan berbanding Dollar.  Para penganalisa melihat kenaikan itu lebih bersifat sementara, ekoran para pedagang yang terpaksa melakukan ‘hedging’ untuk kontrak jualan mereka di pasaran hadapan.

Pada masa yang sama, data-data ekonomi Amerika Syarikat yang lemah sepanjang 2 minggu lepas telah memudarkan spekulasi kenaikan “interest rate” seawal Jun ini. Kini para penganalisa melihat, lewat tahun ini sekitar September atau December, adalah masa yang lebih realistik untuk menaikkan “interest rate” yang telah berada pada paras terendah dalam sejarah itu sejak krisi kewangan 2008.

Pasaran bakal menumpukan perhatian kepada mesyuarat FOMC awal pagi Khamis nanti, untuk mendapatkan maklumat lanjut dan sebarang kelewatan bakal menjadi suatu yang positif untuk pasaran ekuiti yang banyak bergantung kepada ‘margin’ untuk dagangan.  Kenaikan “interest rate” akan menyebabkan kos dagangan menjadi lebih tinggi; sekaligus bakal merudumkan pasaran ekuiti.  Index Dow Jones mencapai paras tertinggi bulanan yang baru semalam, sekitar 18,182.50

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat