GOLD Analisa Fundamental Harian 28 Jan 2015

51

moshedfx-forex-malaysia-gold-008

Emas yang menyusut ke paras terendah, sekitar $1272.06 Selasa semalam, kembali memacu naik lebih $25/troy oz; apabila data “durable goods orders” dari Amerika Syarikat keluar jauh meleset dari jangkaan.  Para penganalisa melihat kejatuhan itu, sebagai ekonomi Amerika Syarikat yang mula terkesan, dari penguncupan ekonomi global; sekaligus meningkatkan permintaan untuk aset-aset “safe-haven”.

Permintaan untuk “durable goods” – barangan yang boleh bertahan lebih dari 3 tahun, seperti mesin, peralatan kejuruteraan – jatuh kepada 3.4%, yang terburuk sejak Ogos tahun lepas.  Petanda aktiviti ekonomi AS yang mula melemah ini, mengendurkan spekulasi kenaikan “interest rate’ oleh Federal Reserve Amerika Syarikat seawal April ini; seterusnya menyebabkan Dollar hilang tarikan buat masa terdekat.

US Dollar Index yang pada awalnya mencapai paras tertinggi sekitar 95.84, kini menyusut lebih 130 mata, dibawah pivot mingguan sekitar 94.45  Ini seterusnya memberi kesan positif kepada Euro yang mendominasi lebih 57% dari komponen Index ini.  Euro memacu naik lebih 195 pips ke sekitar $1.1422 sebelum waktu makan tengahari New York.

Belajar analisa fundamental cara MoshedFX, dapatkan Pakej Mudahnya Belajar Forex di sini – Klik Sini

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat