GOLD Analisa Fundamental Harian 29 Apr 2015

52

moshedfx-forex-malaysia-gold-003

Harga emas terus memacu naik lebih $15 Selasa semalam, untuk kekal berada di atas paras harga kos produksi $1,200 ketika artikel ini ditulis.  Harga emas yang telah ‘ranging’ antara julat $1,220 di paras tertinggi dan $1,175 pada paras terendah, sejak beberapa minggu kebelakangan ini, dijangka bakal menentukan arah selanjutnya selepas dari mesyuarat FOMC AS awal pagi Khamis nanti.

Data-data ekonomi yang lembap dari Amerika Syarikat baru-baru ini, membuatkan pasaran menjangka Federal Reserve mungkin tidak bertindak sehingga lewat tahun ini. Mesyuarat dua hari Fed bermula pada hari awal pagi Rabu, dengan kenyataan dijadualkan untuk diterbitkan pada awal pagi Khamis.  “Interest rate” yang berada pada paras terendah dalam sejarah, telah memberi manfaat kepada emas pada tahun-tahun selepas krisis kewangan 2008-09.  Sebaliknya kenaikan “interest rate” boleh menjejaskan permintaan, apabila minat pelabur bagi aset kalis inflasi berkurangan.

Para pelabur juga memantau perkembangan Greece selepas Perdana Menteri Alexis Tsipras merombak pengendalian pasukan perundingnya dengan ‘troika’ – EU, ECB, IMF; satu langkah yang dilihat sebagai pemangkin untuk mendapatkan dana kecemasan. Di pasaran fizikal, permintaan didapati susut apabila harga menghampiri paras $1,200.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat