Harga emas menyusut lebih $10/oz Khamis semalam, dari paras tertinggi harian sekitar $1,207.35 ke serendah sekitar $1,195; sebelum menutup pada sekitar $1,202.55 untuk kembali berada di atas pivot mingguan – sekitar $1,199 dan pivot bulanan – sekitar $1183/oz. Uptrend di carta harian terus kukuh dengan pembatalan pada sekitar $1,173.10; namun emas dilihat sedang berdepan dengan resistance di ’21 weeks moving average’ – sekitar $1,210/oz.
Dengan pasaran Sydney, Frankfurt, Zurich, London dan Toronto yang bercuti sempena ‘Good Friday’ hari ini, pasaran komoditi dijangka dalam dagangan tipis dengan hanya Asia dan Amerika Syarikat sahaja beroperasi. AS hari ini bakal melaporkan data NFP yang dijangka meleset dari sebelumnya, 244 ribu berbanding 295 ribu tambahan pekerja. Pada masa yang kadar pengangguran dijangka stabil pada 5.5%
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni