GOLD Analisa Fundamental Harian 30 Jan 2015

36

moshedfx-forex-malaysia-gold-006

Emas menyusut lebih $21/troy oz Khamis semalam, untuk berada dibawah pivot mingguan sekitar $1291.35; sekaligus menandakan pasaran yang sedang berubah arah, ekoran dari kerisauan pasaran terhadap krisis politik Greece yang mula mereda.  Sebelum dari itu, komen Federal Reserve AS dalam mesyuarat FOMC yang bertekad mahu menaikkan “interest rate” tahun ini, sedikit sebanyak membantu tambahan permintaan untuk Dollar.

Sebelum daripada itu, laporan “durable goods orders” yang jauh meleset dari jangkaan, menyebabkan pasaran mula skeptikal terhadap kenaikan “interest rate” Amerika Syarikat.  Walau bagaimanapun, jualan rumah baru yang meningkat sebanyak 580 ribu unit bulan lepas, menstabilkan kembali keadaan.  Pemohon bantuan pengangguran yang berkurang kepada 265 ribu, berbanding 308 ribu pada bulan lepas, juga menunjukkan perkembangan ekonomi AS yang bertambah baik.

Hari ini, data berimpak tinggi “GDP” dari Amerika Syarikat, bakal menjadi tumpuan pasaran dalam menjangka arah tuju Dollar selanjutnya.  GDP yang dijangka menguncup dari 5% kepada 3.3% pada suku ke-4 tahun 2014 menyebabkan para pelabur memberi reaksi awal dengan menjual sedikit Dollar.

Berminat belajar forex, cara paling mudah ? Dapatkan Pakej Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX di sini – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat