GOLD Analisa Fundamental Harian 30 Mar 2015

33

moshedfx-forex-malaysia-gold-017

Emas menyusut lebih $13/oz Jumaat lalu, dari paras tertinggi harian sekitar $1,205.90 untuk mencapai paras terendah sekitar $1,192.35; sebelum menutup pada sekitar $1198.00/oz, sekaligus membentuk ‘bearish engulfing candle’ di carta harian.  Emas telah meningkat 2 minggu berturut-turut hingga mencapai paras tertinggi sekitar $1,219.40/oz pasca perubahan jangkaan Federal Reserve terhadap ekonomi Amerika Syarikat dan kenaikan “interest rate”.  Pasaran juga dikejutkan dengan krisis di Yaman yang mengundang belian mendadak.

Di pasaran Amerika Syarikat, presiden Federal Reserve Janet Yellen dalam satu kenyataan Jumaat lalu mengatakan, kenaikan “interest rate” adalah suatu yang perlu dilakukan pada akhir tahun ini, berdasarkan data-data ekonomi yang semakin memberansangkan.  Jumaat ini data NFP Amerika Syarikat bakal menjadi penentu kepada arah tuju Dollar selanjutnya, walaupun Wall Street bercuti sempena ‘Good Friday’.

Di pasaran hadapan, kontrak emas untuk Jun 2015 terus mendapat permintaan, diikuti April, December, dan Ogos 2015 dengan setiap satu melebihi 30 ribu ‘open interest’. Kontrak June adalah yang tertinggi, dengan 217,348 ‘open interest’.  Kontrak belian melebihi jualan sebanyak 54,300 bertambah sebanyak 1,200 dari minggu sebelumnya.  Tawaran untuk jualan dilihat pada sekitar $1,220, $1,210 dan $1,195.50

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat