Emas meyusut harga lebih $16.50/oz dari paras tertinggi harian, sekitar $1,199.25 Isnin semalam; sebelum mendapat sokongan belian sekitar 1182.35 dan kemudiannya menutup pada sekitar $1,185.85/oz sekaligus menyebabkan harga berada dibawah pivot hari ini, sekitar $1,189.15 ketika artikel ini ditulis.
US Dollar dilihat telah mengukuh terkesan daripada komen presiden Federal Reserve Janet Yellen, Jumaat minggu lalu apabila beliau mengatakan kenaikan “interest rate” mungkin suatu yang tidak dapat dielakkan lewat tahun ini, bergantung kepada data-data ekonomi AS yang dilaporkan. Ramai penganalisa berpendapat Jun tahun ini, adalah masa yang sesuai untuk berbuat demikian.
Di pasaran hadapan, sentimen emas di lihat ‘bearish’ apabila kontrak April, Mei dan Jun 2015 menutup jauh lebih rendah dari pasaran ‘spot’. Kontrak April menutup pada $1,184.80 diikuti Mei pada $1,185.00 dan Jun pula menutup pada $1,185.30 Isnin semalam. Pasaran dijangka dalam dagangan berhati-hati.