GOLD Analisa Fundamental Harian 4 Aug 2015

43

moshedfx-forex-malaysia-gold-007

Harga emas kembali susut lebih $10.80/oz Isnin semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar $1,085.85/oz sebelum menutup sekitar paras $1,086.60/oz; selepas pertumbuhan ekonomi di seluruh dunia semakin perlahan dan jangkaan peningkatan dalam “interest rate” AS menjelang akhir tahun ini, menyebabkab Dollar mengukuh dan emas kurang menarik.

Dengan harga komoditi yang merudum, ia kini menjadi jelas bahawa tiga dekad kebangkitan ekonomi China telah menjadi pemangkin kepada kebangkitan banyak negara seperti Australia dan Brazil. Kegagalan negara tersebut untuk melabur dan mencari sumber pertumbuhan baru juga, telah didedahkan oleh kelembapan ekonomi China. Jadi, selepas menumpang ledakan ekonomi China, bolehkah negara pengeksport komoditi mengelakkan kemelesetan?

Dengan harga yang terperangkap berhampiran paras lima tahun terendah, peniaga beralih daripada emas di tengah-tengah inflasi yang disenyapkan dan ekonomi AS yang semakin kukuh. Oleh kerana hanya kira-kira 40% daripada apa yang dilombong atau dikitar semula setiap tahun, dijual sebagai syiling atau bar, permintaan yang rendah dari spekulator mungkin bermakna pasaran bakal merudum berpanjangan. Morgan Stanley berkata belian untuk pelaburan akan terus jatuh sekurang-kurangnya hingga 2018.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat